Friday, October 28, 2022

EDITOR & PENGHARGAAN

 MPU 21032 - PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN


SLOGAN KATA :

 PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA


"DENGAN KEAMANAN TERDAPATLAH KEBAHAGIAAN DAN KEMAKMURAN, MAKA BERTAMBAHLAH KEKAYAAN NEGARA" 




AQIF ADHAM BIN ALIAS

04DPM22F1108

DPM 1A



MUQRI NAQIUDDIN BIN MOHAMAD SABRI

04DPM22F1057

DPM 1A



MUHAMMAD HAFIZULLAH BIN MAT AMIN

04DPM22F1060

DPM 1A



MOHAMMAD SHAHRIL IQWAN BIN ABDUL SABUUR

04DPM22F1054

DPM 1A



MUHAMMAD LUKMANUL HAKIM BIN MAZELAN

04DPM22F1063

DPM 1A



DANIEL HAQEEM LEE BIN ASLAM HAPIDZ LEE

04DPM22F1005

DPM 1A


GAMBAR BERKUMPULAN






 PENGHARGAAN


Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianNya kami dapat menyelesaikan tugasan projek dengan penuh yakin dan jayanya. Pertama sekali, kami ingin memberi ucapan ini kepada pensyarah yang telah bertungkus lumus berkongsi ilmu kepada kami iaitu pensyarah Penghayatan Etika Dan Peradaban yang dikasihi Puan Norhayati Binti Mohammed kerana dengan tunjuk ajar daripadanya telah mencipta inisiatif baru bagi kami menyelesaikan tugasan ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa kami di mana mereka telah menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk menyiapkan tugasan projek ini. Mereka antara orang yang sentiasa berada di belakang kami bagi memberi sokongan moral dan kemudahan untuk kami menyiapkan ini.

Bukan itu sahaja, kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan kami khususnya ahli kumpulan kami kerana banyak memberi pendapat dan berkongsi serba sedikit idea-idea menarik sepanjang proses menyiapkan tugasan ini berjalan. Ahli kumpulan kami memberi semangat kerjasama yang amat positif bagi membantu rakan-rakan sekumpulan yang tidak dapat mengeluarkan idea mereka.

Akhir kata, kami juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung dalam mencipta satu blog yang menarik untuk ditonton.



PENGENALAN PERISTIWA TRAGEDI 13 MEI


 13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati lekukan sejarahnya walaupun jumlah korbannya bukanlah mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat berdarah’ di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe di Mynmar, konflik Singhalese-Tamil di Sri Langka, tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan lain-lain pergeseran kaum. Angka korban bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada tragedi yang wajib diberi perhatian.

Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan dengan peristiwa, tokoh-tokoh, asal muasal sesuatu peristiwa. Paling penting bagaimana untuk mengambil ibrah dan mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berulang dan terus mengulangi kesilapan silam. Hari yang suram ini kini genap 53 tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia, simbol rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu kaum berterusan.

Tanggal 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda. Tragedi ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keputusan pilihan raya umum 1969, lonjakan pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang majoriti dua pertiga parti PERIKATAN di DUN Selangor. Faktor hiliran yang lain juga agak rencam menjadi motor pencetus kejadian.

Negara ini dipecah perintah oleh penjajah British dengan dasar pengelompokan etnik sehingga terpisah melalui identiti sosio budaya. Orang Cina menetap dikawasan lombong bijih dan pekan-pekan, orang India di ladang-ladang getah, manakala orang Melayu terpuruk di kampong.

Mobiliti sosial juga berbeda, kaum Cina melangkah jauh kedepan manakala kaun Melayu sebagai tuan rumah dibiarkan miskin dan kurang pendidikan. Penjajahan Jepun juga semakin melebarkan jurang sosio budaya, intergrasi antara kaum hancur apabila Jepun membantai etnik Cina dan mengupah kempetai dan Tekikan daripada bangsa Melayu. Pemerintahan Bintang Tiga pasca penjajahan Jepun telah mengesahkan bahawa hubungan antara kaum di Tanah Melayu sangat rapuh dan nipis.

Peristiwa 13 Mei adalah mercu tanda kegagalan hubungan komunal negara ini. Banyak faktor mengapa terjadinya 13 Mei 1969, antara faktor yang memicu tragedi ini ialah berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 10 Mei 1969.

Parti-parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasan-kawasan Kuala Lumpur. Saat itu kerusi-kerusi konstitusi di Kuala Lumpur berada dalam DUN Selangor. Penyokong-penyokong pembangkang sangat teruja bahkan lupa diri seketika akibat kemenangan dalam pilihan raya.

Parti pembangkang bertunjang dokongan kaum Cina telah meminta kebenaran pihak polis untuk mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan kedudukan getir parti pemerintah di Selangor.

Laungan provokatif menggema di langit Kuala Lumpur, bandar yang dimajukan oleh Sutan Puasa, Haji Abdullah Hukum serta peranan Yap Ah Loy kemudiaannya. Perarakan kemenangan ‘victory parade‘ Pilihan raya tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang sinis, terbakar perasaan, tersulut api dendam dan kemarahan mula menjalar serta membakar perasaan.

Dalam catatan beberapa sumber sejarah, perarakan yang majoriti oleh etnik bukan Melayu itu telah bergerak sehingga ke Jalan Campbell, juga Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru yang merupakan titik tumpuan orang Melayu di Lembah klang, kawasan Melayu yang dibangunkan pada tahun-tahun 1890an ini juga terletaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris. Beliau pemimpin karismatik dan juga mempunyai pengikut yang ramai.

Perarakan kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan kaum Melayu, sebahagian etnik Cina yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi di Kuala Lumpur. Jeritan, makian, sumpah seranah adalah ramuan mujarab bagi dua pihak yang semakin menipis kesabaran.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan agar tidak berlaku sesuatu yang buruk. Mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang.Khabar angin menjalar dengan pantas dan semakin memburukkan keadaan.

Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat itu, bergentayangan cerita-cerita tentang kebiadapan segelintir orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. Tragedi tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api kemarahan, pembunuhan dan keadaan yang panik mewabak dengan pantas. Kuala Lumpur tidak terkawal, maka perintah berkurung diadakan oleh kerajaan juga Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan dibawah Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya.

Menarik untuk dirakamkan bahawa peranan PAS dan pemimpinnya dalam mengekang perbalahan kaum 13 Mei 1969. Peranan almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam menghalang kemaraan pejuang-pejuang Sungai Manik ke daerah konflik, disabarkan pasukan sabil orang Melayu Perak daripada menjadikan Kuala Lumpur berkubang darah.

Kelantan yang ditadbir oleh PAS menyaksikan tiada satu titik pun darah etnik Cina yang tumpah! Pemimpin PAS Kelantan berjaya meredam emosi dan sentimen orang Kelantan agar tidak terprovokasi dengan apa yang melanda Kuala Lumpur. Islam adalah agama damai dan sejahtera yang menjaga masyarakat bukan Islam.

Tragedi 13 Mei yang telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda telah memberikan banyak pengajaran kepada negara kita, namun semakin lama jarak masa maka ianya semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan pemimpin yang bertunjangkan etnosentrisme.

Lebih setengah abad lalu, negara ini pernah bersimbah darah, Kuala Lumpur pernah terbakar dengan noda politik komunal (perkauman) yang parah. Keharmonian dan keseimbangan politik dirubah semula dengan penubuhan Barisan Nasional yang menyaksikan penyertaan PAS dan banyak parti komponen yang lain.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal untuk merapatkan jurang ekonomi Melayu dan bukan Melayu. Langkah-langkah pencegahan diatur untuk mengekang suara perkauman kerana negara berbilang kaum ini sangat rapuh kesepakatan kaum. Jauhi pemimpin chauvinis dan yang tidak menghormati kontrak sosial negara ini. 13 Mei akan berulang kembali jika kita tidak bercermin dengan sejarah lalu.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA TRAGEDI 13 MEI

 


Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. 

Antara punca konflik adalah: 


1.Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun 

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.



2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris 

Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019 membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.



3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.



4. Pertelingkahan Parti Politik 

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.







5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu 

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu  adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.




6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.




7. Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.



8. Masalah ekonomi 

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina  dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.



9. Persatuan-persatuan etnik 

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.






TIGA CADANGAN BAGI MENGATASI ISU PERBALAHAN ANTARA KAUM

 Seperti yang kita tahu, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan kita ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa tersebut dapat dijadikan satu saluran rasmi yang dapat digunakan oleh semua rakyat Malaysia.


Namun begitu, masih terdapat kebanyakan kaum yang masih tidak dapat bertutur dengan lancar, ini termasuk kaum melayu ataupun bukan melayu. Hal ini disebabkan, Malaysia terdiri dengan masyarakat yang berbilang kaum dan wujudnya kepelbagaian bahasa ibunda masing-masing.



Ini menyebabkan sebilangan mereka sukar untuk menangani masalah bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda kaum masing-masing telah menjauhkan jurang antara kaum kerana berlakunya ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain.


Justeru tanpa kita sedari, amalan yang telah dilakukan sejak sekian lama ini sedang menuju ke arah kewujudan polarisasi kaum yang sangat membimbangkan. Sekiranya kita tidak berhati-hati dan kurang ambil perhatian tentang masalah ini, warga Malaysia berkemungkinan akan berpecah-belah dan akan mewujudkan fahaman negara yang ekstrem.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, terdapat pelbagai cara yang dapat mengatasi masalah perkauman ini. Antaranya adalah:



1.     Didikan Ibu Bapa

Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa Melayu yang sering kali digunakan apabila melibatkan ibu bapa.  Ibu bapa merupakan orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak.

Disebabkan itu, fikiran dan kelakuan anak-anak dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka. Sebagai contoh, anak-anak mereka akan didedahkan tentang kewujudan isu-isu kaum sejak mereka kecil lagi.

Terdapat segelintir ibu bapa di Malaysia ini masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu perkauman, jadi mereka cenderung untuk memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa dan kaum-kaum yang lain di Malaysia.

Oleh itu, hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai. Ibu bapa perlulah menunjukkan keikhlasan kita dalam menjalin hubungan dengan sesiapa pun terutama dengan jiran tetangga dan anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama dalam kehidupan seharian.

Apabila ibu bapa mengamalkannya, justeru dapat menunjukkan impak yang positif terhadap anak-anak kerana ibu bapa merupakan ‘role model’ mereka ketika mereka masih kecil.

Selain daripada itu, jika kita meneruskan amalan sikap kekitaan, kita semua dapat mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan dapat menguntungkan kita semua di samping dapat memelihara soal keselamatan hidup setempat yang terdiri dengan pelbagai kaum dan budaya. Ini juga dapat menjadikan satu contoh yang baik kepada generasi muda akan datang dan mereka juga akan terdorong untuk mengamalkannya.




2.     Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan juga dapat memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik, kaum dan budaya. Sistem pendidikan ini boleh menjadi satu medium sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran semua di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.

Sistem pendidikan jugalah yang menjadikan sesebuah negara itu dapat melahirkan satu generasi yang menghormati satu sama lain, perpaduan harmoni dan persefahaman antara golongan etnik, budaya dan kaum.

Budaya pemikiran dan sikap perkauman ini dapat dikikis dan juga dihapuskan di kalangan para pelajar dengan pendidikan yang berkesan. Melalui pendidikan juga, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan dapat dihilangkan.

Sebagai contoh, kerajaan perlu memikirkan satu cara di mana mereka dapat meletakkan pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum disatu sekolah supaya matlamat untuk menyatukan dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Justeru, ia juga dapat mengubah persepsi generasi muda dan menghapuskan isu perkauman.

Selain daripada itu, Malaysia juga boleh mencapai perpaduan dan kesepakatan kaum melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun pengajian tinggi. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kesenian, kebudayaan dan juga sukan dapat dilakukan bagi menampakkan hasil yang lebih positif. Tambahan juga, ia juga membantu lagi untuk merapatkan ukhuwah di antara pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bangsa.

Aktiviti-aktiviti yang sebegini boleh juga membangkitkan semangat tolong-menolong dan setia kawan serta saling percaya antara satu sama lain di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan budaya yang terlibat.

Penglibatan pelajar secara terbuka dan aktif dalam bidang ko-kurikulum ini akan melahirkan individu yang berfikiran terbuka dan matang dalam pergaulan, perhubungan dan bersosial antara pelajar berlainan kaum.



Media sosial ini ataupun media massa bukan sahaja sumber pencarian atau maklumat utama kita, ia juga merupakan medium yang membekalkan fakta dan data tertentu. Dalam masa yang sama, setiap manusia di pelusuk muka bumi ini menggunakan teknologi yang paling terkini dan canggih di mana media sosial ini juga merupakan satu perkara yang tidak asing lagi buat masyarakat.

Tambahan juga, ia juga memberikan maklumat tentang pelbagai perkara, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, peristiwa pergaduhan di Plaza Low Yat pada 2015 yang telah memaparkan bagaimana satu insiden yang kecil bertukar mejadi satu insiden yang besar dan diketahui oleh masyarakat di negara ini khasnya dan juga di seluruh dunia menerusi penyebarannya yang meluas menerusi media sosial.

Kejadian ini juga tercetus yang telah membabitkan pergaduhan antara dua kumpulan pembeli dan peniaga di pusat jualan itu dan melibatkan kaum yang berbeza dan ini menimbulkan kebimbangan terutama antara kaum yang lambat laun boleh membawa pergaduhan yang lebih besar di seluruh negara.

Media massa pula perlu lebih peka terhadap sesuatu perkara dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara dan isu yang sensitif di mana, media massa juga merupakan satu bentuk medium semua masyarakat termasuk yang kecil ke yang lebih tua.

Ini juga dapat mengelakkan timbulnya konflik dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini. Melalui matlamat yang tepat dan benar, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat suatu kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

Selain daripada itu juga, kepelbagaian dan ledakan teknologi kini juga merupakan satu cabaran dalam mengekalkan persepaduan kaum. Seperti yang kita tahu, kemudahan media sosial dan media massa mampu dan pantas untuk menyampaikan suatu teks atau video.

Penyebaran fitnah dan juga berita palsu juga semakin berleluasa dan menular terutamanya apabila ia melibatkan sensitiviti perkauman, budaya atau agama. Setiap individu perlulah berfikir dan menyahihkan tentang berita itu terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. Setiap individu bertanggungjawab dalam menyampaikan atau berkongsi maklumat terutama yang menyentuh sensitiviti dan berkemungkinan tidak sahih.

Pihak berkuasa wajar untuk menguatkuasakan undang-undang kepada pesalah yang mencetuskan isu atau sesuatu yang dapat mencetuskan pertelingkahan antara kaum dan masyarakat. Rantaian berita di aplikasi WhatsApp juga amat membimbangkan kerana kebanyakan masyarakat berandaian berita tersebut sahih dan menyebarkan secara rantaian kepada setiap kumpulan di dalam aplikasi tersebut.

Oleh kerana itu, sekiranya sesiapa yang ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, adalah sangat wajar untuk kita laporkan kepada polis.

Walaubagaimanapun, di sebalik penularan video yang berunsur negatif, kita juga dapat peroleh penularan yang dapat dijadikan bahan bukti pihak berkuasa. Sebagai contoh, sebelum ini pernah tular beberapa video di mana terdapat seorang pelajar yang telah teruk dibelasah pelajar lain telah dijadikan bahan bukti.

Selain daripada itu, terdapat juga di luar negara di mana “#StopAsianHate” dan “#BlackLivesMatter” digunakan oleh semua pengguna media sosial di seluruh dunia bagi membuka mata sesetengah pihak yang masih menganggap kaum, budaya atau agama satu perkara yang perlu dibenci dan dihina.

“#SaveUghyur” dan “#SavePalestine” juga telah tular selama beberapa minggu tentang kekejaman satu pihak negara terhadap penduduk Islam di sana. Kita dapat simpulkan di mana penggunaan teknologi dan media sosial ini terdapat positif dan negatifnya dalam kehidupan harian kita. Penularan isu-isu yang menyentuh tentang perpaduan kaum telah menjadi satu isu yang tersangatlah besar dan menjadi satu bahan perbualan masyarakat hari ini.

Secara konklusinya pelbagai cabaran dan perkara yang timbul apabila melibatkan perpaduan kaum dalam negara kita. Pelbagai usaha dan cara yang telah diambil tetapi belum cukup untuk mengekalkan perpaduan kaum yang sangat mudah untuk dimusnahkan.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlulah menghindari sebarang Tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum lain. Walaupun kita sebagai rakyat telah diberi hak kebebasan bersuara, kita tidak harus mengambil kesempatan ini dengan mencetuskan sensitiviti dan kontroversi yang dapat merosakan kesepaduan yang telah dibentuk di Malaysia ini.

Dapat saya simpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum oleh seluruh rakyatnya. Bak kata pepatah “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.


PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PERISTIWA TRAGEDI 13 MEI

 


ANTARA PENGAJARANNYA IALAH :



1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi

Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak.  Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.  



2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana

Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana! 



3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum

Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". 



4. Betapa Pentingnya Kesatuan  

Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak berpencak bersilat.

VIDEO & GAMBAR PERISTIWA TRAGEDI 13 MEI


VIDEO PERISTIWA TRAGEDI 13 MEI



 


GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI








KESIMPULAN


 

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara. Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. 


Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.


Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya.  Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya. 


Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara.


EDITOR & PENGHARGAAN

 MPU 21032 - PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN SLOGAN KATA :  PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA "DENGAN KEAMANAN TERDAPATLAH KEBAHAG...