13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati lekukan sejarahnya walaupun jumlah korbannya bukanlah mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat berdarah’ di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe di Mynmar, konflik Singhalese-Tamil di Sri Langka, tragedi Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan lain-lain pergeseran kaum. Angka korban bergantung kepada kecekapan pihak keselamatan menguruskan konflik, manakala pengajarannya daripada tragedi yang wajib diberi perhatian.
Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan dengan peristiwa, tokoh-tokoh, asal muasal sesuatu peristiwa. Paling penting bagaimana untuk mengambil ibrah dan mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berulang dan terus mengulangi kesilapan silam. Hari yang suram ini kini genap 53 tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia, simbol rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu kaum berterusan.
Tanggal 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda. Tragedi ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keputusan pilihan raya umum 1969, lonjakan pengaruh parti cauvinis Cina serta hilang majoriti dua pertiga parti PERIKATAN di DUN Selangor. Faktor hiliran yang lain juga agak rencam menjadi motor pencetus kejadian.
Negara ini dipecah perintah oleh penjajah British dengan dasar pengelompokan etnik sehingga terpisah melalui identiti sosio budaya. Orang Cina menetap dikawasan lombong bijih dan pekan-pekan, orang India di ladang-ladang getah, manakala orang Melayu terpuruk di kampong.
Mobiliti sosial juga berbeda, kaum Cina melangkah jauh kedepan manakala kaun Melayu sebagai tuan rumah dibiarkan miskin dan kurang pendidikan. Penjajahan Jepun juga semakin melebarkan jurang sosio budaya, intergrasi antara kaum hancur apabila Jepun membantai etnik Cina dan mengupah kempetai dan Tekikan daripada bangsa Melayu. Pemerintahan Bintang Tiga pasca penjajahan Jepun telah mengesahkan bahawa hubungan antara kaum di Tanah Melayu sangat rapuh dan nipis.
Peristiwa 13 Mei adalah mercu tanda kegagalan hubungan komunal negara ini. Banyak faktor mengapa terjadinya 13 Mei 1969, antara faktor yang memicu tragedi ini ialah berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 10 Mei 1969.
Parti-parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasan-kawasan Kuala Lumpur. Saat itu kerusi-kerusi konstitusi di Kuala Lumpur berada dalam DUN Selangor. Penyokong-penyokong pembangkang sangat teruja bahkan lupa diri seketika akibat kemenangan dalam pilihan raya.
Parti pembangkang bertunjang dokongan kaum Cina telah meminta kebenaran pihak polis untuk mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan kedudukan getir parti pemerintah di Selangor.
Laungan provokatif menggema di langit Kuala Lumpur, bandar yang dimajukan oleh Sutan Puasa, Haji Abdullah Hukum serta peranan Yap Ah Loy kemudiaannya. Perarakan kemenangan ‘victory parade‘ Pilihan raya tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ada yang sinis, terbakar perasaan, tersulut api dendam dan kemarahan mula menjalar serta membakar perasaan.
Dalam catatan beberapa sumber sejarah, perarakan yang majoriti oleh etnik bukan Melayu itu telah bergerak sehingga ke Jalan Campbell, juga Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru yang merupakan titik tumpuan orang Melayu di Lembah klang, kawasan Melayu yang dibangunkan pada tahun-tahun 1890an ini juga terletaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris. Beliau pemimpin karismatik dan juga mempunyai pengikut yang ramai.
Perarakan kemenangan sebagai pencetus provokasi besar yang membakar kemarahan kaum Melayu, sebahagian etnik Cina yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi di Kuala Lumpur. Jeritan, makian, sumpah seranah adalah ramuan mujarab bagi dua pihak yang semakin menipis kesabaran.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan agar tidak berlaku sesuatu yang buruk. Mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang.Khabar angin menjalar dengan pantas dan semakin memburukkan keadaan.
Ketika berkumpul dalam keadaan bersemangat itu, bergentayangan cerita-cerita tentang kebiadapan segelintir orang Cina tersebar dan memulakan babak-babak rusuhan. Tragedi tercetus dengan Kuala Lumpur mula menjulang asap dan api kemarahan, pembunuhan dan keadaan yang panik mewabak dengan pantas. Kuala Lumpur tidak terkawal, maka perintah berkurung diadakan oleh kerajaan juga Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan dibawah Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya.
Menarik untuk dirakamkan bahawa peranan PAS dan pemimpinnya dalam mengekang perbalahan kaum 13 Mei 1969. Peranan almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam menghalang kemaraan pejuang-pejuang Sungai Manik ke daerah konflik, disabarkan pasukan sabil orang Melayu Perak daripada menjadikan Kuala Lumpur berkubang darah.
Kelantan yang ditadbir oleh PAS menyaksikan tiada satu titik pun darah etnik Cina yang tumpah! Pemimpin PAS Kelantan berjaya meredam emosi dan sentimen orang Kelantan agar tidak terprovokasi dengan apa yang melanda Kuala Lumpur. Islam adalah agama damai dan sejahtera yang menjaga masyarakat bukan Islam.
Tragedi 13 Mei yang telah mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda telah memberikan banyak pengajaran kepada negara kita, namun semakin lama jarak masa maka ianya semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan pemimpin yang bertunjangkan etnosentrisme.
Lebih setengah abad lalu, negara ini pernah bersimbah darah, Kuala Lumpur pernah terbakar dengan noda politik komunal (perkauman) yang parah. Keharmonian dan keseimbangan politik dirubah semula dengan penubuhan Barisan Nasional yang menyaksikan penyertaan PAS dan banyak parti komponen yang lain.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal untuk merapatkan jurang ekonomi Melayu dan bukan Melayu. Langkah-langkah pencegahan diatur untuk mengekang suara perkauman kerana negara berbilang kaum ini sangat rapuh kesepakatan kaum. Jauhi pemimpin chauvinis dan yang tidak menghormati kontrak sosial negara ini. 13 Mei akan berulang kembali jika kita tidak bercermin dengan sejarah lalu.
Jika Anda melihat skenario saat ini sehubungan dengan hibah untuk ekspansi usaha kecil, pemerintah federal sebenarnya tidak menawarkan hibah langsung. Namun demikian, ada beberapa program oleh pemerintah, di mana hibah untuk kegiatan penelitian dan pengembangan yang mungkin dilakukan oleh usaha kecil disediakan oleh SBA. Kemudian ada hibah tidak langsung dalam bentuk jaminan pinjaman usaha kecil serta pinjaman bersubsidi, di mana Anda mendapatkan pinjaman dengan tingkat bunga yang lebih rendah dari bank karena pemerintah membayar sebagian dari pinjaman Anda. Atau jika Anda gagal membayar pinjaman Anda, pemerintah membayar bank atas nama Anda. Seperti yang Anda lihat, ada banyak peluang untuk pendanaan usaha kecil dan hibah melalui Mr Pedro dan perusahaan pendanaannya. Mereka menawarkan pinjaman pada tingkat 2% yang sangat terjangkau. Sebagai pemilik bisnis pemula, Anda hanya perlu berusaha untuk menemukan yang paling sesuai dengan tujuan bisnis Anda.
ReplyDeleteHubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com / Teks WhatsApp: +1 863 231 0632 untuk pinjaman.
Semua yang terbaik!