Friday, October 28, 2022

KESIMPULAN


 

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara. Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. 


Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.


Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya.  Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya. 


Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara.


No comments:

Post a Comment

EDITOR & PENGHARGAAN

 MPU 21032 - PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN SLOGAN KATA :  PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA "DENGAN KEAMANAN TERDAPATLAH KEBAHAG...