Friday, October 28, 2022

PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PERISTIWA TRAGEDI 13 MEI

 


ANTARA PENGAJARANNYA IALAH :



1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi

Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak.  Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.  



2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana

Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana! 



3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum

Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". 



4. Betapa Pentingnya Kesatuan  

Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak berpencak bersilat.

No comments:

Post a Comment

EDITOR & PENGHARGAAN

 MPU 21032 - PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN SLOGAN KATA :  PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA "DENGAN KEAMANAN TERDAPATLAH KEBAHAG...